I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 29, 2008

SAMBUTAN HARI GURU ( 23 MEI 2008 )

VISI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja Menjana Komuniti Berilmu Menjelang Tahun 2010

MISI SEKOLAH

Memperkembangkan potensi murid supaya menjadi komuniti yang berilmu, bermoral, berdisiplin, bertanggungjawab dan berdaya saing tinggi untuk menangani pelbagai cabaran dengan:

Membudayakan sistem pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.

Meningkatkan kecerdasan akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Membina kecemerlangan sahsiah melalui program pembangunan insan.

Membentuk komuniti yang cergas melalui program pembangunan sukan dan kokurikulum.

SEJARAH SEKOLAH



SMK Seri Teja terletak di Batu 1, Jalan Kota Bharu, 31600 Gopeng, Perak; lebih kurang 25 KM dari bandar Ipoh. Keluasan kawasan sekolah ialah kira-kira 10 ekar. Sekolah ini mula dibuka untuk sesi persekolahan pada 1 Januari 1997 dengan nama asalnya SMK Lawan Kuda Baru. Pada awalnya sekolah ini hanya terdiri daripada 4 blok iaitu blok A, B, blok Kemahiran Hidup dan kantin. Pada tahun 1979 sebuah bangunan tambahan iaitu blok C telah dibina. Pada tahun ini juga peperiksaan SRP dan SPM pertama kali diadakan di sekolah ini.

Pada tahun 1980 Lembaga Pentadbir sekolah ditubuhkan dan pada 16 Jun 1980 mereka telah bersetuju memberi nama baru sekolah ini iaitu SMK Seri Teja. Seterusnya pada 29 Oktober 1980, sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed Bin Haji Wan Teh.

Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Abdul Rahim B. Abdul Hakim yang bertugas sehingga Disember 1979. Pengetua berikutnya ialah En. N.S. Selvamany dari Januari– Februari 1981, En. Azmi B. Surip dari Februari 1981-Mac 1983, Tuan Hj. Yusop B. Sam dari Mac 1983-Disember 1989, En. Yaacob B. Abd. Hamid mulai Januari 1990-Januari 1993, Tuan Hj. Zambri B. Hj. Mohd. Noor dari Februari 1993-Mac 1994, Tuan Hj. Zainal Abidin B. Mohd. Noor dari Februari 1995-Oktober 1995, Puan Hajah Maymon Bt. Hj. Arif mulai November 1995-Februari 1997, En. Suppiah A/L Ramasamy mulai Mac 1997-Mac 1999, Tuan Hj. Sallih B. Hj. Hassan mulai Mac 1999-Mac 2003, En. Abu Makhfud B. Hj. Abdullah dari Disember 2003-September 2004, Cik Rusnani Bt. Sharuddin pada Januari 2006– Ogos 2007 dan kini Pn Norani Bt. Ibrahim pada September 2007 sehingga sekarang.

Tuesday, May 20, 2008

SALAM PERKENALAN........

SELAMAT DATANG....................
Ini adalah blog yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Teja............
Sekian , Terima Kasih...................